Dec 31, 2009

Bye Saravanan, Bye Nurhuda


Picture courtesy of Mr. Edy.

It's time to fly. Our dedicated QA Manager Saravanan had served his last day in the Toxicology Lab yesterday 30 December 2009. He got better offer from a Higher Learning Institution as a Lab Manager. Good Luck Bro.

Dec 29, 2009

Am I Brave or Crazy?


I choose not to overreact. Haha..

The situation  was so tense in the meeting room. The female dog clad in blue baju kurung started to bark the moment I entered the room. (I wanted to use the word **tch, just like in the picture, but that will be too harsh right? Hehe..)

Manik-manik berkelipan


Akhirnya, berhasil jugak tangan keras saya menjahit juntaian manik-manik itu.

Mak asyik perli saya, "mak jer yang penat buat mende ni, yang pengantin wat tak tahu jer". Hehe.. Saya pun tak tahu nak kata apa. Kasihan melihatkan mak penat-penat jahit manik-manik kat riben ni, saya menggagahkan diri untuk mencuba jahit manik-manik itu kat riben. Nasib baik tak tercucuk jarum. Haha.

Dec 28, 2009

Interaksi antara ahli kariah.




Moga doaku diperkenankan Allah. Ameen.

Sudah 10 hari berlalu dalam tahun baru 1431 H ini. Alhamdulillah, saya berkesempatan turut serta dalam aktiviti majlis membaca doa sempena 10 Muharram yang lalu. Seronok kan bila kita berkumpul, lebih-lebih lagi atas dasar ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Dec 26, 2009

Langkah beradat, redha siapa?



Majlis makan tengahari serba ringkas. Dari kiri; mak, bakal mak mentua, bakal adik ipar (abang mea), bakal abah mentua, bakal abang ipar (abang d) dan abah.

Bertemu lagi dalam ruang siber yang sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam maklumat, untuk tujuan komunikasi, menyampaikan maksud dan hajat serta memahami maksud dan hajat yang diharapkan. Entri kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan balas bakal mentua saya dari Gua Musang ke Melaka.

Dec 25, 2009

Pusat perdagangan Melaka lama


Lokasi Jalan Kampung Hulu, Melaka.

Cuti krismas kali ini (Jumaat, 25 Dis 2009) saya dan keluarga telah pergi ke Pasaraya Tong Hup di Jalan Kampung Hulu, Melaka. Di sini, kita masih boleh melihat kesan tinggalan sejarah dari segi bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan bentuk seni binanya.

Dec 24, 2009

Cuti rehat panjang


Satu-satunya pekerja terbaik minggu ini. Gambar diambil pada pukul 4.45 petang.

Istimewanya hari ini ialah, keadaan di pejabat seperti sehari sebelum raya. Hanya tinggal beberapa orang sahaja di pejabat yang masih berdedikasi meneruskan usaha-usaha penyelidikan, mencari suatu kepastian, dahagakan jawapan kepada persoalan : "berapa lama lagikah aku di sini?" Hehe..

E-commerce


Dashboard wordpress.

Last night class, we learn more about web 2.0, web blogging. In general, what I can share is, we use wordpress software to build a website that looks like blog.
You may want to visit my other blog site (this is for the class project) at http://latihan-industri.com/amirul/.

Makan seorang.


Saya sendirian makan tengahari.

Jika kita makan seorang diri, tanpa mempelawa orang lain untuk makan bersama, kurang adabkah kita? Tapi itulah yang terjadi kepada saya waktu makan tengahari semalam (Selasa, 23 Dis 2009). Cuma saya bukanlah tidak mempelawa, tetapi tiada yang sama-sama makan tengahari dengan saya. Ada rakan yang menggunakan waktu rehat untuk pergi meninjau keadaan rumah yang akan dibeli nanti.

Dec 23, 2009

Talent management.


Do we look talented?

In today's business environment, there's a huge gap in power distance. The competition to get talented workers becomes more aggressive. Recruiting these talented workers is a very serious thing and to retain these talented workers is another thing to look into.

Indahnya khabar.


Nazri menang cabutan bertuah, setelah saya pindahkan 'tuah' kepadanya.

Siang tadi berlangsungnya Karnival Kerjaya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di MITC. Esok (23 Dec 2009, Rabu) adalah hari terakhir karnival. Waktu karnival adalah dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.30 petang.

Dec 22, 2009

'Joker' sebagai penasihat


Nampak tak apa yang saya nampak?

Sejauh manakah seorang Prof. Niyang Rapik boleh menggerakkan institut penyelidikan ini? Saya fikir tak kemana. Apa yang cuba dilakukannya, pada pandangan saya, hanyalah mengejar populariti / kesenangan diri sendiri.

Dah sampai seru.


Hafiz Salim, Fakhrin, Amir Ridzuan, Amirul Faiz.
Syukur, saya berkesempatan menghadiri majlis kenduri kahwin kawan-kawan pada 20 Dis 2009, Ahad yang lalu. Seorang rakan dari Sultan Muhammad, seorang lagi, bekas Pegawai Hortikultur Biotek Melaka.

Dec 21, 2009

Selangkah lagi kehadapan.


Berkesempatan mengikuti majlis pertunangan anak kepada kawan abah, Nazirah Bte. Mat Sirah.

Rakan-rakan sekerja mengingatkan saya supaya mula membeli barang-barang untuk hantaran pada masa hujung tahun ini. Kebiasaannya, pada musim perayaan, pasaraya-pasaraya menawarkan jualan istimewa dengan diskaun yang menggugat rasional / logik pemikiran pengguna (termasuk saya). Hehe..

Dec 20, 2009

Bandar Muar


Pandangan sisi tepi belah sungai.

Bersempena cuti 1 Muharam 1431H, Jumaat, saya, Mak, Abah dan Zul (kecuali Najwa yang bekerja overtime untuk 'double pay') mengambil kesempatan berjalan-jalan di Bandar Muar. Abah minat sangat dengan Mee Bandung Muar. Di Melaka, payah nak dapat makan Mee Bandung yang sesedap Mee Bandung Muar.

Dec 18, 2009

Perjalanan lebih penting.


Tiga hari berturut-turut hujan waktu petang.

Hujan lebat petang Khamis, 17 Dec 2009, 30 Zulhijjah 1430 bagai petanda antara waktu yang bagus berdoa. Saya bersyukur dan gembira kerana dapat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 ini bersama-sama ahli kariah Masjid Tanjung Kling.

Dec 17, 2009

Memburu kerja, Job hunting.

Rezeki itu, hukum alamnya (Sunnatullah) mesti dicari, hukum Allah (Syariatullah) Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia suka, senantiasalah kita bersangka baik bahawa Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi dan apa sahaja yang berlaku (baik ataupun buruk di pandangan mata kita) pasti ada hikmahNya (cari dan terus mencari). InsyaAllah.

Merangkak ke arah ISO


Perkara-perkara berhubungkait dengan ISO.

Kelakar, pelik, hairan, bagaimana sebuah Institut Penyelidikan yang hendak “menghubungkan penyelidikan dengan industri" baru mengambil langkah pertama untuk mengimplementasikan ISO. Institut yang tiada ISO (bahasa kasar sikit, insitut yang takde sistem dan takde standard) ini hendak menghubungkan penyelidikan dengan industri yang sangat tepu dengan syarikat-syarikat yang amat bersistematik.

Dec 15, 2009

Langkah seterusnya.


Rangkaian baju pengantin perempuan.

Langkah seterusnya dalam perancangan strategi Munakahat saya ialah, menempah Mak Andam. Majlis perkahwinan saya di Melaka nanti (13 Mac 2010) akan berlangsung sekaligus dengan majlis perkahwinan adik perempuan saya. Jadi saya banyak berkongsi dengan adik saya tentang hal-hal perbelanjaan majlis itu nanti.

Program Penempatan Kerjaya.


Pintu masuk ke dewan pameran.

Sabtu yang lepas (12 Dis 2009), saya telah ke Program Penempatan Kerjaya yang telah diadakan di Dewan Hang Tuah, Melaka. Dengan penuh semangat, saya bersiap dengan mengenakan kemeja lengan panjang siap dengan bertali leher UKM sekali. Dalam fikiran saya pada masa itu, kalau ada temuduga terbuka di tapak pameran, bolehlah saya mohon sekaligus. Fuh! Fikiran positif overcharged. Hehe..

Dec 14, 2009

Rakan Sultan Muhammad.


Ahad yang lalu, tanpa banyak soal, saya tolong bawakkan Mak Abah pergi ke majlis perkahwinan kawan Abah kat Taman Merdeka. Majlis tersebut bertempat dekat dengan Pasar Borong MBMB.

Setiba di sana, kami terus dijemput oleh bapa pengantin (kawan ayah saya) untuk menjamu selera. Sewaktu makan, pengantin lelaki berbaju ungu lengkap bersamping dan bersongkok hitam berjalan menuju ke arah saya. Dia senyum, saya senyum, "macam kenal" kata hati saya. Dia hulurkan tangan bersalam, fikiran saya ligat mencari siapa pengantin ni, muka memang sangat biasa tengok.

Mak pengantin tanya "eh, kenal ke?"

Saya dengan yakin menjawab, "Same sekolah dulu, Sultan Muhammad". Hehe, ye la, kawan-kawan saya yang lelaki yang duduk di Melaka tapi luar kawasan Tanjung Kling, pastinya dari Sultan Muhammad.

 Masa berlalu pantas. Saya tengok nama pengantin kat banner - Amir. Bapa pengantin nama Hamzah. Amir Hamzah, macam pernah dengar nama ini, tapi di mana ya.


Saya dah semakin besar.

Saya terus tanya pengantin lelaki. "Ape orang panggil ko dulu?"
 "Lalok"
"Oo.. Lalok.. Hahaha "

Astaghfirullah, dah lama tak jumpa, dah lain dah muka dia ni.

Tahniah Lalok. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Ameen.

Di majlis yang sama, saya juga berjumpa dengan budak Sultan Muhammad yang lain. Irwan Salim (abang token) dan rakan.

Amirul Faiz Abd. Razak.

Dec 13, 2009

Millionaires


Some people says "Money is not that important in life, compare to health, family, time." Money is the least important factor in measuring happiness in one's life.

Is that really true? Money is not everything in life?

In my opinion, money is important in life, but not everything. Money should be looked at as a tool to achieve something in life rather than as the life itself.

Millionaires are from a different Planet by Azizi Ali & KP Bose Dasan give some powerful insights on how to take control of your finances, set your money to work and live happier. The book shares on powerful strategy to make the most of your hard earn money. The principal in taking control of your finance is "Defend and Attack".

Defend means to to have a strong base from where we will build the attack strategy. Simply put, defend equals to savings our money to build solid hard basic.

When we already have a solid base, then only we can build a very powerful attacking strategy. This books is a very good book for people who is about to start his first job, even the students can benefit a lot from this book. With simple English and most of the tips and advice are practicable as it takes Malaysian scenario into account.

"Millionaires are from a different Planet" the title, illustrates that the millionaires' set of mind, discipline and attitude toward money is to much different from us on earth. However, we (even normal employee can be in that Planet) can join them in that Planet, if we have the willpower to change our mindset, our discipline and our attitude to make our hard earn money to work for us. I highly recommend this book for those who want to take control of their finances.
______________________________________________


This exciting book on managing personal finance can set you on the road to a brighter and better financial future. Written in clear, simple English with easy to follow steps, it will guide you through the complex world of high finance to financial nirvana. It is chock full of quick tips that can improve your financial situation immediately and also long term strategies to keep you on track to financial independence - so you never, ever have to worry about money again.
______________________________________________

Dec 11, 2009

Langkah pertama saya; Munakahat.

Alhamdulillah, segala Puji-Puji itu selayaknya bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Saya dan anda diberi lagi peluang olehNya dalam bentuk masa 24jam hari ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin.

Peluang yang diberi Allah, mesti saya gunakan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. InsyaAllah.

Rakan - rakan sering mengatakan kepada saya, "kau ni tenang jer, lagi 2 bulan lagi kan kau nak kahwin?". Hehe. Muka nampak tenang, tapi hakikatnya, macam-macam yang berselirat dalam sel-sel otak saya sekarang ni.

http://media.share.ovi.com/m1/s/1505/30d24c0689cb4c60b43f9d500a68b5bb.jpg
Ini customer punya.

Semalam, pagi-pagi lagi, mak dah ajak saya pergi survey bekas untuk isi barang-barang hantaran. Tauke kedai di Bunga Raya tu baru nak buka pintu, susun-susun barang, saya dan mak dah tercegat depan kedai. Kalaulah mak tak ajak saya pergi tengok / survey, saya rasa, saya pun tak fikir langsung nak pergi survey barang-barang / bekas barang hantaran.

Perbezaan antara lelaki dan perempuan dari sudut psikologi. Perbezaan yang patut diraikan.
Saya melihat, melalui pandangan seorang lelaki, "Alah, tak kisahlah apa-apa tema pun, asal nampak cantik sudah."
Mak pula, "Eh, warna hitam putih pun lawa eak. Uuiihh.. Bakul biasa jer, bila tambah bunga-bunga, manik-manik jadi lawa dah. Tengok tu, wah! macam-macam fesyen bekas hantaran sekarang nih". "Mirul, kau pergi ambil gambar bekas hantaran ni, esok nak tempah yang macam mana, senang".


http://media.share.ovi.com/m1/s/1505/a5939b49cc5e43ecbfe93d6eab51b89c.jpg
Tema sangkar burung, simbolik walaupun mewah, tapi terkurung. Hehe.

"Ye la mak, mana-mana pun boleh, orang tak kesah" saya dah malas nak fikir pagi tu, perut dah lapar. Haha.

Ramai rakan-rakan sekerja yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan 2010. Saya tak pasti adakah ini suatu kelebihan?
Jika mahu melihat dari sudut positif, ya. Mereka sentiasa mengingatkan saya tentang milestone yang perlu dicapai dalam perancangan majlis perkahwinan.

Bakal pengantin Febuari 2010 : "Penat siot aku cat rumah aritu."

Bakal pengantin April 2010 : "Saper nak ikut saya kuar?"
"Ko nak nak gi mana?"
"Saya nak gi tempah Mak Andam, saya dah cuba baju kat Mak Andam tu, hehe, dia suruh saya kurus sikit"

Bakal pengantin April 2010 : "Saya tak kesah Mak Andam tu make-up macam mana, yang penting saya nak nampak cun masa majlis tu nanti" 

Bakal pengantin Jun 2010 : "Mirul, ko nak beli? Ni (bunga manggar dalam kereta) aku beli ngan Mun tadi, ada promosi."

Bertuah sungguh saya mempunyai rakan-rakan yang proaktif, yang sentiasa bertindak dan mencapai milestone yang telah ditetapkan. Untuk makmluman, semua bakal pengantin di atas adalah perempuan.

Pengembaraan beribu batu, bermula dengan langkah pertama, dan langkah pertama saya dalam bab berkongsi hidup ialah ; mendaftarkan diri untuk Kursus PraPerkahwinan. InsyaAllah, saya akan sertai kursus tersebut pada 9 dan 10 Januari 2010. Cerita pasal bab hantaran, hiasan rumah, persiapan majlis kenduri dan sebagainya, saya akan nukilkan pada siri yang akan datang.

Cukuplah setakat ini dahulu, sedikit coretan dalam merekodkan episod hidup semalam.

Today is where your book begins, the rest is still unwritten.

Amirul Faiz Abd. Razak


Dec 10, 2009

Simpan baik-baik, tak tahu bila nak guna.

Calon simpanan.

Best tak jadi penganggur? Mungkin tak best kalau banding dengan orang yang dah bekerja. Walaupun orang itu kerja di bawah telunjuk Penasihat yang dah tua dan macam mengidap Alzheimer? Emm, boleh difikirkan.

Agak takde mood gak la nak post kan entri kali ini. Tetapi, atas semangat ingin berkongsi, saya kuatkan jugak semangat. Petang tadi saya telah menerima surat dari UKM.. Huhuhu.. Penantian selama sebulan terjawab.


http://media.share.ovi.com/m1/s/1501/a8ce8f21c59343bd866464273976017b.jpg
Calon simpanan jer nampaknyer.
Emm, ye, dukacita kan?

Walaupun tak terpilih, abah pantas mengingatkan saya "Syukur, setidak-tidaknya dah dapat jawapan, takdela kau asyik tertanya-tanya". Astaghfirullah.

Mood saya terus menjunam laju petang-petang ni. Haaii..
Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan, betul tak?

Pintu RahmatNya masih terbuka luas, saya yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Tengok la lepas 3 atau 5 tahun nanti. Saya yakin dan percaya, pada masa itu, baru saya akan nampak dengan jelas, hikmah disebalik kejadian. Maha Suci Allah.

On the way balik rumah tadi, saya ternampak banner ni tergantung kat Klebang.

http://media.share.ovi.com/m1/s/1501/9bbbe1335fb04951afc2e00d3c54d63f.jpg
Program Penempatan Pekerjaan

Nak cuba pergi tengok-tengok? Saya pasti tak kan rugi jika mencuba kan? http://www.jobsmalaysia.gov.my

Akhir kata, haaiii.. lama lagi laa saya kena mengadap Penasihat Niyang Rapik tu.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Dec 9, 2009

Tatatertib = التأديبية

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kerja-kerja di makmal kultur tisu PBM berjalan seperti biasa, bagi ahli-ahli atau ex-ahli-ahli PBM pasti dapat membayangkan bagaimana kerja-kerja di makmal yang saya maksudkan. Hehe. Masuk ofis, login email, login facebook, respond to new email, new comment, baca status update orang lain, sedar-sedar dah waktu rehat. Macam waktu sesi persekolahan, ada sesi rehat pagi dan sesi rehat tengahari.

Bestnya hari ini, ramai staff yang dapat surat rasmi dari Ketua Pegawai Eksekutif. Jarang dapat surat dari CEO nih. Kalau kita buat sesuatu yang luarbiasa, macam bekerja lebih masa luar waktu pejabat, tak pulak dapat surat eh. Bila kita datang agak lambat sedikit, dapat surat amaran.

Takpela, rata-rata dari pemerhatian saya, staff tidak memberikan respon yang marah-marah atau sakit hati.

Macam dapat result exam PMR pun ade gak..

Pegawai Q41: Mirul, ko bape kali?
Mirul : Empat, ko bape?
Pegawai Q41 : Aku empat gak?
Pembantu Makmal : Hahaha, saya punya tujuh, saya ingatkan saya paling banyak, rupe Pegawai Kewangan lagi banyak, duabelas.
Penolong Pegawai Sains : Ko bape Mirul? Aku punye tiga, hehehehe.

Kadang-kadang, fikiran positif penjawat awam kat sini sangat bagus. Saya tak berasa kusut fikiran bila berbincang masalah ini dengan mereka.

Surat rasmi kerajaan.

Cuba tengok ayat para 3, “waktu bekerja di pejabat bermula jam 8.00 pagi”. Hahaha, saya rasa kelakar sangat, seolah-olah ayat ini menggambarkan staff PBM ini tak pasti waktu bekerja mula pukul berapa.

Surat ini sebagai amaran pertama.

Hmmm, bila direnung-renungkan, cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita semua.

Amirul Faiz Abd. Razak

Dec 8, 2009

Jumper / Pelompat.

Saya amat gembira sekali apabila dikelilingi rakan-rakan yang prihatin, siap siaga menghulurkan bantuan. Rakan-rakan yang memberi bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan, melainkan mengharapkan balasan dari Allah. Akan tetapi, agak kurang effektif apabila rakan-rakanku yang bagus-bagus ini, bekerja untuk orang yang tidak ada langsung mutu kepimpinan. Orang yang hanya memegang jawatan Timb. Pengarah Admin, tetapi bertindak ala-ala PAR.

Takpe, biarkan dia dengan dunia dia, kita teruskan kecemerlangan kita. Yeah..

Petang tadi, tepat 5.05pm, beberapa Researcher sudah thumbprint, nak balik. Malangnya, kereta Kelisa Cik Nasirah telah ditimpa malang. Bateri dah lemah. Apa yang mengagumkan saya ialah, Cik Nasirah menyimpan kabel Jumper dalam bonet keretanya. Wah! macam McGyver, tapi tak tahu guna. Saya pun tak tahu guna. Hehe.

Kelisa yang nyawa-nyawa ikan.

Alhamdulillah, kami mempunyai staf yang pakar dalam bab enjin, Y.Bhg. En. Azwan Wahid serta Y.Berusaha En. Amat Fairus. Mereka berdua telah berjaya menghidupkan enjin kereta Cik Nasirah tanpa perlu menitiskan setitik peluh pun. Fuhh!! Hebat.

http://media.share.ovi.com/m1/s/1494/7e3c8b28a8a1429b9f7d6b358fc1dab0.jpg

Y.Bhg. En. Azwan Wahid dan Y.Berusaha En. Amat Fairus sedang beraksi.

Apa-apa pun, terima kasih dan syabas kepada staf Biotek Melaka yang telah menunjukkan erti sebenar hidup bermasyarakat.

Amirul Faiz Abd. Razak

Suatu pagi di tempat kerja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi yang sejahtera ini, kami dikejutkan dengan cerita tentang email dari Timb. Pengarah Admin kepada Penasihat yang menyenaraikan Researcher-researcher yang tiada projek penyelidikan.

Gulp.. rasa macam akan dapat notice of termination jer.

Walau apa-apa pun, kecekapan Senior Researcher Tissue Culture harus dipuji. Dengan pantas, beliau terus print email tersebut lantas mengemaskini status projek penyelidikan Researcher-researcher ni (gebang sket).

Selepas tu pulak, Timb. Pengarah Perniagaan adakan mesyuarat singkat tergempar bersama 4 Penyelidik, 1 Peg. Sains dan 1 Peg. IT.

Masih mampu tersenyum. Yeah..

Membincangkan persediaan untuk delegasi dari China. The Chinese nak bincang pasal peluang-peluang perniagaan dalam bidang Farmaseutikal. Fuhh.. Saya kurang yakin Institut ini berkemampuan. Apa-apa pun, hasil dari mesyuarat itu, tugas-tugas dibahagikan untuk menyediakan slide powerpoint.

Black & white document as a proof. Boleh faham? Bagus.


Kitaorang masih tercari-cari arah tuju dalam kerjaya. Pengalaman bergaul dengan pelbagai kerenah manusia di Admin dan R&D di sini, mematangkan fikiran. Mudah-mudahan.

Ya Allah. Bantulah kami menggalas bebanan ini. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak
Related Posts with Thumbnails