Aug 21, 2010

Menguji Sendiri Kehamilan

Umum mengetahui wujudnya alat untuk menguji kehamilan yang boleh dijalankan sendiri di rumah. Mari fikir, bagaimana alat yang nampak ringkas itu boleh menguji kehamilan? Sejauh mana pula kita boleh bergantung kepada kesahihan keputusan dari alat uji kehamilan tersebut?

Ada beberapa cara untuk menguji kehamilan secara kimia. Ujian yang paling mudah dan paling boleh diterima (most reliable) ialah ujian yang menguji kehadiran hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin atau hcG. HcG dihasilkan oleh placenta dan boleh dikesan dalam sistem seseorang wanita sebaik sahaja penanaman (implantation) telur yang telah disenyawakan berlaku. Oleh kerana hormon tersebut secara umumnya, hanya terhasil pada peringkat boleh uji (testable) pada wanita mengandung, pengesahan kehadiran hormon tersebut pada urin seseorang wanita merupakan petunjuk yang boleh diterima pakai (reliable) untuk menguji kehamilan.

"Ok, jadi macamna alat tu mengesan hormon hcG dalam urin?"

Alat ujian kehamilan ini berfungsi melalui penggunaan teknologi aliran lateral (lateral flow technology). Teknologi ini merupakan salah satu ujian analisis kimia yang selalu digunakan untuk menguji kehadiran sebatian spesifik dalam cecair, contohnya dadah dan hormon.

Apabila sampel urin diletakkan pada alat ujian kehamilan, sampel urin itu akan bergerak merentas jalur ujian (test strip). Membran yang diperbuat dari nitroselulos (nitrocellulose) ditarik merentasi (stretched across) jalur ujian tersebut. Membran itu digunakan kerana membantu pergerakan protein. Hormon adalah sejenis protein.

Apabila cecair urin bersentuh dengan membran tersebut, cecair urin bercampur dengan partikel-partikel berwarna yang ada dalam membran nitroselulos tadi. Kemudian, campuran urin dan warna itu bergerak sepanjang membran dan bertembung dengan garis ujian (test line). Garis ujian ini mengandungi antibodi untuk hcG yang akan memerangkap partikel-partikel apabila campuran urin dan warna bertemu, membentuk garisan berwarna.

Apabila cecair itu bergerak sehingga ke hujung membran itu, campuran berwarna itu tadi akan terperangkap pada garis ujian kedua. Garisan kedua ini juga mengandungi antibodi, tetapi antibodi ini akan memerangkap partikel-partikel berwarna, sama ada campuran cecair itu mengandungi hcG atau tidak. Dalam bahasa mudah, "hcG ni ade ke, hcG takde ke, line kedua itu mesti keluar, sebab line keduar hanya memerangkap partikel-partikel berwarna."


Jadi, untuk kedua-kedua keputusan (negatif atau positif), garisan yang kedua pasti nampak. Jika garisan pertama tidak kelihatan, begitu juga garisan kedua, maka ujian yang dilakukan tidak sahih. Kemungkinan ralat (error) berlaku pada alat ujian tersebut.

Maha Suci Allah, hebatnya manusia ciptaan Allah. Dengan akal, manusia mampu memikirkan sesuatu dalam mengurus sistem atas muka bumi, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

_________________
"Hehe, kenapa saya bercerita tentang ujian kehamilan ni ye?" "Anda mungkin dah dapat tangkap tujuan saya bercerita tentang ujian ni." Terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan memberi komen tentang entri kali ini.

No comments:

Post a Comment

Saya hargai setiap komen anda.

Related Posts with Thumbnails