May 30, 2010

Mesin diperturunkan emak kepada menantu

 Mesin jahit asas buat isteri saya belajar menjahit.

Lega, lengan masih berasa lenguh mengangkat mesin jahit yang saya rasa lebih 20kg, melawan graviti ke tingkat 5 rumah sewa. Fuhh.. Nafas yang mencungap baru reda, degupan jantung kembali normal. Puji dan syukur, mesin jahit yang emak bagi, kini selamat berada di rumah sewa ini.

May 26, 2010

Belajar Cara Belajar (2 Dari 6)

 Bacalah, tulislah dengan pena. Kredit gambar.

Sepatutnya saya dah kongsikan langkah seterusnya dalam siri "Belajar Cara Belajar". Terdahulu saya dah kongsikan langkah pertama yang boleh kita amalkan dalam kita mempelajari apa sahaja di sekeliling kita, belajar bahasa, belajar di sekolah, belajar memasak, belajar membaiki motorsikal bahkan belajar membaiki tombol pintu rumah.

May 23, 2010

Seminar Perkin Elmer.

Rakan sekerja, Mohd. Nizam Rubani. 

17 Mei (Isnin) yang lalu saya dan rakan-rakan telah menghadiri Seminar Perkin Elmer, 'For The Better' di Grand Dorsett Subang Hotel, Formerly Sheraton Subang. Seminar ini adalah untuk memperkatakan mesin-mesin makmal yang dikeluarkan oleh Perkin Elmer. Pihak Perkin Elmer mengadakan seminar ini secara jelajah beberapa negara, selepas ini, mereka akan mengadakan seminar yang serupa di Singapura pula, untuk pelanggan mereka di Republik itu.

May 21, 2010

Coklat buatan rumah (homemade) diiklankan.

Coklat sedap dimakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seribu kemaafan saya pohon kerana kesibukan yang teramat sangat (sebab saya ini lemah dan tak bermotivasi). Maaf ya jika anda datang sebelum ini dan mendapati blog ini tidak dikemaskini hingga berhabuk. Fuuhhhh (tiup nak buang habuk). :) Kali ini, saya nak promo coklat. Coklat yang sedap dipandang, apatah lagi dimakan, lebih seronok jika dapat coklat percuma.

May 20, 2010

Promosi Program M.Sc. Pharmaceutical Analysis di UKM


Ini adalah "Sticky Post". Promosi Selama Sebulan. Skrol ke bawah untuk entri TERBARU.
Fakulti Farmasi UKM, KL akan mula menawarkan program Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal) bermula Julai ini. Saya iklankan disini, maklumat penting yang anda mungkin ingin tahu tentang program tersebut. Ijazah yang bakal dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan program ini ialah:
Ijazah Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal) S.Sn. (Anal. Far.)
Master of Science (Pharmaceutical Analysis) M.Sc. (Pharm. Anal.)
Nak tahu lebih lanjut? Lihat dalam slide presentation yang saya sertakan ini.

May 7, 2010

Belajar cara belajar (1 dari 6)

Belajar bukan setakat dalam kelas sahaja.
 
Bila kita renungkan sejenak, hidup kita ini penuh dengan pengajaran. Terpulang pada kita untuk mempelajarinya. Bila kata pasal belajar, kita selalu menggambarkan proses pembelajaran itu hanya berlaku di sekolah, di dalam kelas, di pusat pengajian dan sebagainya. Sedangkan, proses pembelajaran itu berlaku di mana-mana sahaja, di ruang tamu, di dapur, di tepi jalan, di stesen bas dan sebagainya. Yang pasti, proses pembelajaran itu tidak terhad kepada dalam kelas sahaja. Setuju?
Related Posts with Thumbnails