Jun 30, 2010

Ubat gigi, cecair @ pepejal?

Lukisan ringkas sangat, cuba menggambarkan prinsip dalam rheologi.

Saya masih lagi mencuba untuk memahami dengan sepenuhnya, apa itu rheologi. Kalau ada orang tanya saya "Mesin rheometer ni untuk apa?", errr.. payah juga saya nak jawab kalau nak jawapan yang tepat. Cuma, buat masa ini, apa yang saya boleh ceritakan, rheometer ni sebuah mesin untuk mengukur perubahan bentuk (deform) sesuatu bahan, contoh bahan seperti minyak, gel, krim dan sebagainya.

Jun 29, 2010

Tikus makmal, kesian.

Gambar hiasan; ujikaji dalam makmal

Kita ada menjangka suatu bahan X ini boleh digunakan untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Di peringkat makmal, kita pasti akan menguji dari segi keberkesanan / ketoksikan sesuatu produk itu sebelum dipasarkan. Rata-rata, jika ditanya kepada orang ramai, "macam mana nak uji bahan X ini bahaya atau memberi manfaat kepada manusia?", mungkin ramai yang akan menjawab, "kita buat ujian makmal, test kat haiwan dulu". Pernah tengok tak ujian makmal ke atas haiwan ini dilakukan?

Jun 20, 2010

Mohon maaf, blog ini terperap hingga berhabuk

Bergambar di satu Majlis Kenduri Kahwin. Musim kenduri kahwin waktu cuti sekolah panjang ni.

Assalamualaikum, selamat sejahtera kepada anda semua yang masih lagi bertandang ke blog yang dah bersawang ini. Saya mohon maaf atas kelemahan saya yang teruk ini. Terima kasih kerana anda masih lagi menjengah blog ini, walaupun dah berhabuk sejak entri saya yang terakhir beberapa minggu yang lalu.

Jun 1, 2010

Profile Pic di FB, hitam

Macam-macam perasan negatif dalam hati, bila baca berita tentang biadapnya Israel. Biadapnya mereka menyerang aktivis yang langsung tidak bersenjata. Rakan-rakan di FB mengajak menghitamkan profile picture sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati. Marilah kita tunjuk sikit perasaan marah kita di FB, biar satu dunia tahu.

Mungkin langkah remeh ini tidak melemahkan Israel, ini sekadar salah satu cara tunjuk perasaan secara aman.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur.
Related Posts with Thumbnails